Filem Penunggu Istana nie real atau berlakon jer

Monday, December 26, 2011

Review filem Ombak RIndu

Aku sangat sebok dua tiga bulan nih... tak sempat nak update blog Malaywood atau pergi tonton movie... Aku cuma nak highlight satu review yang aku rasa betul pasal citer Ombak Rindu... review nie aku amik dari thatmoviebloggerfella.blogspot.com/.. korang baca lah sendiri
Tetapi adakalanya sukar - terutamanya bila sesebuah filem nyata dibikin dengan elok, tetapi mendatangkan reaksi mual dan marah.

Izzah (Maya Karin) seorang gadis kampung yang bekerja sebagai ustazah, berkawan dengan Mail (Bront Palarae) yang menaruh hati terhadapnya, dan tinggal bersama makciknya (Delimawati) yang sakit tenat dan pakciknya (Kamarool Yusof) yang kejam. Malangnya, Izzah dibawa oleh pakciknya ke kotaraya KL dan dijual kepada bapa ayam, lantas dirogol oleh seorang anak kaya bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz kemudian membeli Izzah dan menyimpannya sebagai perempuan simpanan dan hamba seks, tetapi mula jatuh hati dengannya lalu menikahkannya. Namun begitu, Hariz sudah bertunangkan seorang pelakon filem bernama Mila (Lisa Surihani), dan ibunya Dato' Sufiah (Azizah Mahzan) juga menggesanya supaya mengahwini Mila. Walaupun Izzah dilayan baik oleh Pak Dollah (Zaidi Omar) dan Mak Jah (Normah Damanhuri), pekerja keluarga Hariz, namun dia terpaksa menghadapi pelbagai rintangan dan kesengsaraan demi cintanya terhadap si perogol Hariz tu.



Masyallah. Inikah "kisah cinta agung" yang berjaya meraut lebih RM12 juta di box-office? Kisah cinta antara wanita yang lemah dan tidak berpewatakan dengan lelaki yang menderanya secara fizikal, emosional dan seksual? Filem ini menjual female submission fantasy, atau fantasi pengakuran wanita, kepada masyarakat dimana hampir 40% wanita menghadapi keganasan rumahtangga. Dan apakah mesej disebalik fantasi ini? Jika anda didera, diseksa dan dicabul kehormatan anda, baik diam saja? Hanya kerana laki kau hensem macam Aaron Aziz? Kau ingat makin kau biar diri kau didera, makin pendera kau akan jatuh cinta dengan kau? Kalau kau lawa macam Maya Karin mungkinlah, tapi kalau tak, mampuslah kau? Pasal filem ni, rosak segala usaha NGO seperti Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) dan All Women's Action Society (AWAM) yang bertungkus lumus membantu dan memberi kaunseling kepada wanita mangsa penderaan suami.

Dan si Izzah ni abende? Heroine paling tak guna dalam sejarah perfileman Malaysia. Langsung tidak mengambil apa-apa tindakan aktif mahupun membuat apa-apa keputusan, hanya bereaksi kepada segala yang berlaku dalam cerita ini (dan reaksinya 90% ialah nangis). Tiada personaliti, tiada harga diri, tiada usaha untuk memperbaiki hidupnya dan tiada tanggungjawab keatas kebahagiaan dirinya sendiri. Biar orang lain jaga dia je, dan kalau orang tu kejam terhadap dia, harapkan tangisan je akan buat orang tu kasihankan dia. Macam ni nak jadi heroine? Siapa nak jatuh cinta dengan perempuan macam ni? Hanya lelaki yang egotis dan dominan macam Hariz, yang inginkan hamba bukan isteri. Lelaki yang benar-benar menghormati kaum wanita dan menganggap wanita sebagai sama taraf akan memilih perempuan yang bijak, berkemampuan dan berpendirian. Yang macam Izzah ni, memang tak layak nak hidup bahagia dalam dunia ini.

Sigh... sekali lagi sebuah filem yang buat aku berang masa mula-mula, makin lama makin buat aku hilang rasa marah itu. Sebab fantasi yang dihidangkan oleh arahan Osman Ali, serta skrip yang ditulisnya bersama Armantono (diadaptasikan dari novel Fauziah Ashari), dimasak dengan cukup sedap. Ini sebuah melodrama yang tak tahu malu ingin memeras airmata dari penonton, dan saya rasa ia digarap dengan baik. Sinematografinya efektif dalam menangkap alam sekitar pantai, sawah padi dan ladang teh yang indah dan romantis. Plotnya tak cincai dan bangang macam Lagenda Budak Setan (yang juga diskripkan oleh Armantono dan diarah oleh Sharad Sharan yang kini menjadi penerbit Ombak Rindu). Paling nyata ialah perubahan watak Hariz dari pendera yang keji kepada hero romantik penuh berperasaan yang mampu menggoyangkan lutut penonton wanita, dilakonkan dengan mantap oleh Aaron Aziz. Rupanya yang kendu gilababi sudah tentu membantu, tetapi beliau juga ada kemahiran disebalik kehensemannya. (Tak seperti Farid Kamil.)

Cerita melodrama mesti ada watak jahat, dan filem ini ada dua. Yang paling menyerlah ialah ibu Hariz yang dipersembahkan dengan penuh over-the-top oleh Azizah Mahzan. Seringkali saya dapati Osman sangat teruja menunjukkan betapa eeeevilnya watak Dato' Sufiah ini, sehingga mekap dan pencahayaan pun berganding dengan lakonan Azizah bagi menjayakan kejahatan yang amat menghiburkan. Watak jahat kedua ialah Mila tunang Hariz yang saya tak sangka sebenarnya bukan jahat sangat. Lakonan Lisa Surihani menggambarkan seorang gadis yang dimanja teruk, sehingga bila Hariz ingin putuskan tunangan, dia buat perangai macam budak kecil yang tak dapat mainan yang dia mahu. (Ramai yang kata lakonannya terlalu over, tapi saya rasa inilah sebenarnya watak yang paling sesuai dengan bakat Lisa.) Tetapi kemudian kita lihat Mila ini juga ada dalamnya, ada perasaan yang tidak diduga dan mampu menimbulkan rasa simpati. Malah, saya sanggup kata dialah watak yang pada akhirnya paling mulia dan berani dalam cerita ini.

Heroinenya pula bagaimana? Tetap tak guna. Saya juga kurang terkesan dengan lakonan Maya Karin; beliau seperti tidak tahu apa nak buat dengan watak yang begitu lemah dan pasif. Penonton pula, nak buat apa dengan heroine ini dan cerita ini? Saya berdoa agar mereka takkan jadikannya sebagai pedoman, atau jadikan Izzah sebagai contoh wanita solehah, sebab ya Allah tidak. Hakikatnya filem ini adalah sebuah fantasi yang memaniskan sesuatu yang amat pahit bagi beribu-ribu wanita dalam realiti. Inilah dilema yang TMBF hadapi bagi menulis rebiu ini; dari segi pembikinan ia cukup baik sebagai filem melodrama yang kuat melo-nya, tapi dari segi mesej dan pendirian ia amat durjana dan celaka. Jadi saya beri 2-½ bintang, rating yang berada ditengah-tengah skala ukuran. Saya dengar penerbit filem ini nak hantarnya ke Cannes Film Festival yang akan datang, dan saya tak sabar hendak membaca ulasan media asing yang pasti akan menghentamnya habis-habis. Sebab orang barat jauh lebih peka terhadap isu jantina dan feminisme dari orang Malaysia, yang jahil menganggap cerita ini sebuah "kisah cinta agung."

Facebook Comments

0 comments: