Filem Penunggu Istana nie real atau berlakon jer

Tuesday, January 17, 2012

Sherry Merlis Kahwini Ash, Bekas Suami Dira Melodi








Majlis pernikahan mereka diadakan di Madrasah Islahiyah Addiniyah, Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur dan tiada sebarang majlis persandingan dilakukan untuk kedua-dua belah pihak. Pasangan tersebut dinikahkan sendiri oleh bapa Sherry iaitu Wan Zainal Abidin kira-kira pukul 10 pagi dengan disaksikan oleh 100 orang tetamu.








Sherry Bahagia bersama suami dan anak2 terunanya
Pada majlis itu, pihak lelaki menyerahkan sejumlah wang hantaran yang dirahsiakan dan mas kahwin berjumlah RM200 beserta tiga dulang hantaran yang terdiri daripada sirih junjung, cincin dan manisan. Ia dibalas lima dulang hantaran oleh pihak perempuan yang terdiri daripada sirih junjung, sebuah kitab Al-Quran, manisan, cincin dan kek.

Menurut Ash, 29, dia bersyukur kerana akhirnya pernikahan mereka berjalan dengan lancar dan berharap ia akan kekal sehingga akhir hayat.

Ash ni, bekas suami Dira (pengacara Melodi tu)

Konsert Simple Plan Live In Malaysia 2012



KALI ketiga berkunjung ke Malaysia, Simple Plan masih mampu mempertahankan empayar muziknya sendiri apabila KL Live, Kuala Lumpur penuh sesak dengan kehadiran lebih 2000 peminat setianya.
Konsert Get Your Heart On! Tour Live In Malaysia yang berlangsung dalam suasana sederhana dan santai itu bagaimanapun berjaya meninggalkan impak tersendiri khususnya buat pengikut muzik mereka. 
Kesimpulan yang mampu menggambarkan keseluruhan konsert itu selepas hampir dua jam beraksi, Simple Plan cukup bertenaga dan bijak menghiburkan peminat mereka baik dari aspek susunan lagu mahupun komunikasi si penyanyinya, Pierre Bouvier.

Malah petang sebelum konsert berlangsung, Bouvier sudah menjanjikan sebuah persembahan yang istimewa dan momen indah buat peminat setia mereka walaupun mengakui kesemua mereka masih mengalami gangguan ritma (Jetlag) kerana terlalu padat dengan jadual persembahan jelajah.


“Kami menjelajah lebih 10 bandar di Asia termasuk Filipina, Indonesia, Singapura, Hong Kong dan Jepun. Malah sebelum ini kami sudah penat menjelajah kesemua bandar utama di Eropah dan Amerika Syarikat sendiri. Jadual kami memang padat hingga terpaksa bergerak merentas negara setiap hari tanpa sempat berehat.

“Konsert seluruh dunia ini memang untuk mempromosikan album keempat kami, Get Your Heart On! yang saya sifatkan sebuah album penuh cerita dan kenangan indah. 

“Saya sangat mengharapkan peminat akan menerima rangkaian lagu kami kali ini dan terhibur dengan persembahan kami,” katanya yang begitu bijak melayan peminat yang tidak henti menjerit.

Simple Plan menyampaikan 18 rangkaian lagu yang dipetik daripada empat buah album studio mereka.

Antara lagu yang dipersembahkan termasuklah Shut Up sebagai pembuka tirai, Thank You, Summer Paradise, I’m Just A Kid, Addicted, Welcome To My Life, Jet Lag dan banyak lagi.

Fasha Sandha Kahwini Jejai Mac 2012?




KISAH cintanya dengan kekasih hati, Rizal Ashram Ramli atau Jejai kembali hangat diperkatakan ketika ini. Terbaru, aktres jelita Fasha Sandha digosipkan bakal mengakhiri hubungan cintanya dengan Jejai menerusi ikatan perkahwinan pada Mac ini. Malah, pemilik nama sebenar Nur Fasha Sandha Hassan dikatakan sudah membuat pengakuan mengenainya di laman sosial tempatan.
Menurut gosip yang tersebar itu, majlis perkahwinan mereka bakal berlangsung di Jakarta, Indonesia dan dijangka dihadiri seramai 200 orang membabitkan anggota keluarga terdekat dan wakil media tempatan. 

Semuanya gara-gara gambar Fasha mencuba gaun pengantin tersebar meluas di Internet. Namun, sampai hari ini, Fasha masih berteka-teki mengenai perkara itu. Ternyata, dia lebih selesa mengunci mulut daripada bercerita soal perkahwinan itu. Baginya, jodoh, pertemuan dan ajal ketentuan Tuhan.

“Setakat ini jawapan saya adalah tidak. Tapi kita tidak tahu apa akan berlaku esok. Saya faham, kehendak peminat yang sentiasa inginkan saya cepat berkahwin.

Terima kasih kepada mereka yang mendoakan perkara baik-baik buat saya. Insya-Allah, apabila tiba masanya ia akan terjadi, saya akan kongsi berita gembira itu.


Cerita Terbaru Maya Karin Selepas Ombak Rindu





BUKAN saja penonton berendam air mata di pawagam dan kutipan filem melebihi RM10 juta, watak Izzah dalam filem Ombak Rindu arahan Osman Ali juga meninggalkan kesan cukup mendalam pada jiwa aktres popular, Maya Karin.
Ternyata, watak Izzah dilakonkan itu masih sebati dalam diri pelakon kelahiran Bayreuth, Bavaria, Jerman itu sampai saat ini. Malah, kerana kekuatan watak Izzah dalam filem adaptasi novel terlaris, karya Fauziah Ashari jugalah nama Maya tercalon dalam Top 5, kategori Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011). 


Begitulah hebatnya penangan watak Izzah di hati penonton. Dalam kategori itu, Maya bersaing secara sengit dengan empat lagi pelakon lain yang tidak kurang hebatnya iaitu Eja (filem Janin), Diana Danielle (....Dalam Botol), Lisa Surihani (Ombak Rindu) dan Yana Samsudin (Bini-Biniku Gangster dan Kongsi).

Secara peribadi, Maya sangat bersyukur kerana tercalon dalam kategori berkenaan.


“Saya juga tidak fikir sangat soal kalah atau menang. Apa yang penting buat saya ialah ‘Izzah’ tersenarai antara lima yang terbaik dalam ABPBH kali ini dan nama saya masih bertakhta di hati peminat.

“Maklumlah, saya sudah tercalon dalam kategori sama, sejak 2003 dan menang sebanyak dua kali iaitu pada 2005 dan 2008. Sebenarnya, soal siapa yang akan menang ini susah nak cakap kerana setiap artis mempunyai kelebihan tersendiri.

“Saya juga tidak berani cakap atau ramal siapa yang akan menang kerana lebih suka melihat semua calon bertanding secara sama rata. Kalah atau menang, saya lebih suka serahkan pada peminat untuk menilainya kerana ia bergantung pada undian mereka,” katanya.

Lash Mokhtar Kecewa Dengan Bekas Kekasih Miera Liyana





JOYAH perlu memberi keadilan kepada pelakon Lash Mokhtar yang dikatakan cukup kecewa dengan penangan yang dibuat oleh bekas kekasihnya, Miera Liyana. 

Sebelum ini, Pancaindera ada tulis berkenaan Lash yang dikatakan kecewa teruk sebab Miera mempermainkan cintanya seperti sampah. 

Memang macam sampahlah bila bercinta bagai nak rak, bila putus boleh diam-diam saja dan tup-tup bercinta dengan orang baru. Miera pergi tanpa pesan, sudahnya menjaja cinta baru di media kononnya sedang berbahagia dengan mamat baru, Shahz Jaszle. Kalau Joyah, memang sudah lama makan ‘sup selipar’. 

Beberapa minggu mencari, akhirnya Lash Mokhtar sudi bercerita kepada kawan Joyah, Syed Mussaddad dan jurugambar Amin Farij. Di sini, Joyah ceritakan balik apa yang telah diulas oleh Lash panjang lebar. 

“Saya memang terkejut dengan tindakan mereka dan sejujurnya saya akui agak kecewa. Tapi tak sampai ‘frust menonggeng’. Apa-apapun mungkin itu yang terbaik buat mereka,” luah pelakon Lash Mokhtar ketika diminta mengulas mengenai Shahz Jaszle yang dikatakan ‘menyapu’ kekasihnya, Miera Liyana.

Tidak mahu terus mengeruhkan keadaan, Lash seboleh-bolehnya mahu isu ini diselesaikan segera. Bukan niatnya tampil untuk mengeruhkan keadaan tetapi dia hanya mahu membersihkan namanya daripada terus dikaitkan dalam hal ini.

Dalam nada yang cukup merendah diri, Lash tidak mahu terus bersembunyi daripada rasa yang mencengkam lubuk hatinya. 


Shahz Jaszle Tukar Nama


Nak bercerita skit tentang pelakon kacak, si Shahz Jaszle yang kini sedang berada di Australia untuk penggambaran drama bersiri dan telefilem. Selepas ke Perth, dengarnya Shahz akan terbang ke Jakarta untuk penggambaran drama juga. Lebat betul rezeki kekasih Miera Liyana ni.

Hari itu, teman Diva sempat bertemu dengan Shahz sebelum dia ke luar negara. Sempatlah hero filem Azura ini berbisik kepada teman Diva tentang perkembangan terkininya.


Rita Rudaini Sudah Berbaik Dengan Mertua




PETALING JAYA: Hubungan yang keruh melibatkan pelakon Rita Rudaini Mokhtar,35, dengan keluarga mertuanya kembali jernih apabila kedua-dua pihak sudah menamatkan perselisihan faham yang tercetus hampir tiga tahun lalu.
Peristiwa air mata itu berlaku di Pusat Perubatan Prince Court, Jalan Tun Razak di sini pada malam Khamis lalu apabila suami Rita, Aidil Zafuan,24, membawa ibu dan bapanya Azizah Arshad,58, dan Abdul Radzak Salleh,61, untuk menziarahi cucu mereka, Airit Rayyan Rizqin yang berusia dua tahun di pusat perubatan itu akibat demam panas.
Ketika tiba di pusat perubatan berkenaan, Rita telah meluahkan segala isi hati yang terbuku selama ini sehinggalah kedua-dua pihak bermaaf-maafan bagi menjernihkan segala kekusutan yang terjadi.
“Emak sayangkan Rita. Mak restu perkahwinan Rita dengan Aidil,” kata Azizah sambil memeluk menantunya dengan linangan air mata.
Rita juga turut mencium tangan Abdul Radzak sambil kedua-dua mereka meminta maaf di atas segala masalah yang telah berlaku selama ini.

Detik-detik itu turut disaksikan oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak.
Bukan sahaja bermaaf-maafan malah Rita yang kini mengandung lima bulan anak kedua turut menjemput ibu bapa mertuanya itu melawat cucu mereka di rumahnya di Manjalara, Kuala Lumpur pada masa akan datang.